Langkau ke kandungan utama

Catatan

7 TIPS DAPATKAN MINDA YANG POSITIF SETIAP HARI

  Dalam kehidupan yang semakin sibuk dan mencabar, kadang-kadang kita selalu mengabaikan cara kehidupan sihat; sekaligus menjejaskan minda pemikiran positif yang kita sepatutnya kita miliki. Sekiranya anda sedang mencari cara untuk menjalani kehidupan dengan lebih baik dan mempunyai mental yang lebih positif, berikut adalah 7 tips yang boleh diamalkan: 1. Tidur Awal Tidur secukupnya pada setiap hari adalah kunci utama kepada kesihatan diri. Melalui waktu tidur yang secukupnya, akan membolehkan anda bertenaga menghadapi hidup seharian. Kualiti tidur yang maksima juga membolehkan kita memberi fokus dan tumpuan sepenuhnya kepada tugasan harian. Disebabkan inilah kita disarankan untuk menjaga kualiti tidur yang secukupnya, bagi mengoptimumkan fungsi biologi, tubuh badan serta perkembangan mental, otak dan lain-lain. Tidur dengan baik juga mengurangkan tahap tekanan dan memastikan tahap tekanan terus terkawal. Selain daripada itu, tidur yang baik juga mengurangkan risiko penyakit kronik yan
Catatan terbaharu

BACA TIPS MURAH REZEKI DALAM PENIAGAAN

 Rezeki itu pelbagai. Kita memulakan perniagaan kerana ingin mendapatkan rezeki perniagaan.  9 daripada 10 rezeki adalah melalui perniagaan. Bagaimana hendak mendapat rezeki berganda dalam perniagaan? Amalkan petua-petua ini… 1. Murahkan dengan senyuman Ketika berniaga, murahkan senyuman. Rasulullah saw ketika berniaga amat pemurah dalam memberi senyuman kepada pelanggan dan bakal pelanggan. Senyuman akan mengundangkan senyuman yang lain. Senyuman akan melembutkan hati prospek dan pelanggan untuk membina kemesraan. Jangan lupa, kalau mereka tidak membeli sekali pun, senyuman anda itu satu sedekah! 😉 2. Bantu prospek dan pelanggan Apabila kita banyak membantu, nanti orang pula akan membantu kita. Setiap perniagaan adalah penyelesaian kepada sesuatu masalah. Apa sahaja penyelesaian, ia merupakan satu bantuan. Fikirkan bagaimana perniagaan anda dapat membantu orang ramai. Sama ada sebelum mereka menjadi pelanggan anda atau selepas menjadi pelanggan anda. Lebih banyak perniagaan dapat mem

BAHAN SEMULAJADI UNTUK ATASI MASALAH RAMBUT (GOJI BERRY)

Goji berry atau buah wolfberry merupakan satu jenis buah yang dikenali kerana khasiat kesihatannya yang tinggi. Antara kelebihan goji berry untuk rambut adalah: Meningkatkan pertumbuhan rambut - Goji berry mengandungi banyak nutrien seperti vitamin B dan mineral seperti zink dan besi yang membantu meningkatkan pertumbuhan rambut dan mengurangkan keguguran rambut. Memperbaiki kesihatan kulit kepala - Kandungan antioksidan dalam goji berry membantu melindungi kulit kepala daripada kerosakan akibat faktor luaran seperti pencemaran, sinar UV dan toksin. Ia juga membantu mengurangkan gatal-gatal pada kulit kepala dan menjadikannya lebih sihat. Meningkatkan kelembapan rambut - Goji berry kaya dengan asid amino dan vitamin E yang membantu meningkatkan kelembapan rambut. Ia juga membantu memperbaiki struktur rambut dan menjadikannya lebih berkilau. Menguatkan akar rambut - Kandungan nutrien dalam goji berry membantu menyediakan nutrisi yang diperlukan oleh akar rambut untuk tumbuh dengan lebih

BAHAN SEMULAJADI UNTUK ATASI MASALAH RAMBUT (GINSENG)

Ginseng adalah tumbuhan yang telah digunakan dalam perubatan tradisional selama berabad-abad. Di dalam dunia kecantikan dan penjagaan rambut, ginseng dipercayai mempunyai beberapa kelebihan untuk kesihatan rambut. Antara kelebihan ginseng untuk rambut adalah: Membantu mempercepatkan pertumbuhan rambut: Ginseng mengandungi zat yang dikenali sebagai ginsenosides yang membantu mengaktifkan pertumbuhan rambut dengan merangsang akar rambut dan mengurangkan kehilangan rambut. Mengurangkan keguguran rambut: Keguguran rambut adalah masalah yang biasa dihadapi oleh ramai orang. Ginseng boleh membantu mengurangkan keguguran rambut dengan menyediakan nutrien yang diperlukan oleh rambut. Menguatkan rambut: Ginseng mempunyai sifat antioksidan dan anti-radang yang membantu melindungi rambut daripada kerosakan dan memberikan kekuatan pada rambut. Meningkatkan aliran darah: Ginseng membantu meningkatkan aliran darah ke kulit kepala, yang membantu menyediakan nutrien yang diperlukan oleh rambut untuk p

SERUM RAMBUT BERKESAN!

Fenomena set rawatan rambut terbukti berkesan. Fenomena merawat masalah rambut menipis dan botak. Sesuai untuk lelaki dan Wanita. Lebih 7,000 unit telah terjual semasa promosi Early Bird dan ramai berpuas hati dengan hasil penggunaan Fenomena Hair Treatment. Fenomena dirumuskan daripada 11 Herba yang membantu membaiki dan menguatkan akar rambut. Membantu mengurangkan rambut gugur & membantu pertumbuhan rambut baru. Ia juga bertindak menjaga kesihatan rambut dan kulit kepala. 11 Herba yang ada dalam Fenomena Hair Treatment adalah White Mulberry, Red Gromwell, Polyginum Multiflorum, Longleaf Pine, Goji Berry, Ginsenoxide, Capsicum, Camelia Tea Leaf, Black Raspberry, Angelica Gigas, Angelica Dahurica. Bagaimana Cara untuk memakai Fenomena Hair Treatment? 1. Gunakan Fenomena Booster Roller, Roll dibahagian yang bermasalah. Roll dengan cermat dan tidak perlu tekan terlalu kuat. 2. Spray menggunakan Fenomena Hair Serum di Kawasan yang telah di roll. Spray sebanyak 2 kali mengikut kes

CARA MENGGUNAKAN DERMA ROLLER UNTUK RAMBUT

Sebelum kita mengetahui cara menggunakan dermaroller untuk rambut. Saya ingin bertanya terlebih dahulu jika anda tahu apa itu dermaroller? yesssssss dermaroller adalah alat yang biasa digunakan untuk merawat kulit dan biasanya digunakan untuk kulit wajah yang terkena bintik hitam, lubang atau  tanda poket. Tetapi kali ini kami tidak membicangkan tentang dermaroller untuk memperbaiki kulit wajah tetapi untuk memperbaiki dan membantu mengatasi masalah keobtakan anda dengan alat ini. Dermaroller sendiri adalah alat gulung yang dilengkapidengan jarum kecil di sepanjang gulungan yang dapat dijalankan di kepala botak anda dan jarum kecil ini sedikit sebanyak akan mencederakan kulit kepala yang akan merangsangkan dan meregenerasikan kulit kepala.                                                               Selain itu, penggunaan dermaroller juga dapat membersihkan dan mensterilkan kepala kita dari kekorotan kepala seperti habuk dan kelemumur dan akan mebuka porir-pori kepala botak sehingga n